Siapa sangka, berkawan for almost 4 years as a bestfriend. Tuptup tetiba macam mana entah boleh turns into serious relationship. Tak sampai 5 bulan konon nya 'bercinta' bertunang 2 bulan then kahwin! Seriousla? Up until now we keep questioning each other, 'are we married?' Hah. Tp tu la hakikat.
June 2013 kira sepatutnya dah habis study. Tapi siapa sangka, boleh pulak satu paper sangkut. Hampeh. Punya la dah bertunang 31 May 2013. Konon dah habis belajar boleh la kahwin terus. Dah book semua taw nak akad nikah 16/8/13 and reception besoknya 17/8/13 tu. Nak jadi cerita, kena la repeat paper tu. Exam jatuh 17/8/13 tu pulak!!! Aisemen. Lagi kacau. Kahwin ke exam kahwin ke exam. Mestilah kahwin. Exam postpone.
So pergi kahwin, tinggal exam. Paper tu pihak universiti kasi jawab sem baru September tu. Kahwin la dgn happy and tenangnya. Siapa siapa yg dah hanyut sangat duk bercinta tu, segerakanlah nikah. Benda elok. Jangan duk pikir nanti kahwin tak cukup duit la etc etc etc. Sebab memang bila kahwin rezeki lagi murah. Dosa dating pun dah takda. :) Hehe. Meh kita cerita sikit pasal majlis kahwin aku yang sederhana saja and yang plan agak last minute ni.
Tunang
Majlis pertunangan yang paling simple dalam dunia. Merisik dan bertunang. Tahu kenapa paling simple dalam dunia? Sebab 1: Tanpa pelamin. 2: Tanpa perempuan yang dipinang.(so takdela kejadian bakal ibu mertua menyarung cincin di jari bakal menantu) 3: Gubahan hantaran cumalah cukup syarat. Pihak lelaki bagi cupcakes, sebakul buah,sebentuk cincin dan seutas gelang tangan. Pihak perempuan pulak bagi kain baju melayu, cake, dan buku ilmiah pasal perkahwinan). Simple gila tahap paling simple dlm dunia kan? Pasrah aje la.Sebab tu je time tu je family lelaki free untuk ke Kerteh, Terengganu. Diorang dari Selayang. Aku ni pulak kat UIA tgh final. Melepas peluang rasa dipinang di tempat kejadian. hehe. apa pun happy sebab aku dengan rasminya menjadi tunangan orang.
1. Cupcakes dari pihak lelaki.
Order dari instagram : craveitlah. boleh order macam mana ghupe mengikut kehendak dengan harga yang sangat berpatutan.
2. Ni la cincin dan gelang tangan tanda merisik and tunang.
Sorry la. Ni je gambar yang ada. Lain lain gambar hantaran mana ntah. Time ni la family lelaki and perempuan berbincang pasal wang hantaran nanti banyak mana,nak dalam bentuk apa, majlis macam mana,etc etc etc. Takde pantun pantun. Biasanya majlis ni dibincang secara tertutup antara kedua ibu bapa lelaki dan perempuan sahaja. Kalau boleh campur tangan makcik pakcik toknenek yang masuk campur untuk bising itu ini haruslah di elakkan. Next entri kita cerita pasal barang hantaran, dan majlis kahwin ye. XOXO


No comments:
Post a Comment