Assalamualaikum.
Meh kat sini kita cerita sikit pasal majlis kahwin yang serba sederhana. Semoga boleh dijadikan panduan kot untuk kawan kawan yang plan nak kahwin. :) Biasa pasangan yang nak kahwin dah plan at least awal setahun kan,so sempat la nak beli barang hantaran sikit sikit. Kitorang ni kahwin terjun,so masa memang singkat sangat. Ada dalam 3 bulan je nak beli barang hantaran. We're lucky here sbb member cik abang, Qayum bakal ke US and adik cik abang(dekno) akan pulang dr UK habis belajar. So peluang depan mata tak gitu. Barang sana lagi murah dari beli kat sini. Tapi tgk brand la jugak kan. Macam perfume(euphoria) kitorang, handbag(fossil)(wilsons leather),and jam kitorang (Fossil) kirim dr Qayum. Barang mcm kemeja fcuk and kasut lelaki(clerk) kirim dekat dekno. Dslr,handphone and Quran beli kat KL ni je. Sejadah Mekah mmg kebetulan dah beli awal time Umrah tahun lepas. Telekung pulak beli kat Butik Siti Khadijah.
Gubahan kitornag masing masing gubah sendiri. Jimat taw tak. Dslr and h/phone tu mungkin kena ada bajet awal. Tapi beli handbag tu kalau kat Malaysia ni dekat 1+++ tapi kat US dapat la 5++. Sama la dengan jam kitorang berdua tak sampai 1000. Tapi kitorang survey kt KLCC jam model yang sama untuk kami berdua mmg cecah 1+++. Perfume CK kt US 2 set 3++ je.
Hantaran
1. Hantaran untuk pihak lelaki.(bekas englis style tu beli kt romantika)
-Quran
-Jam Fossil
-Chocolate
-Kemeja fcuk
-Cincin silver
-Perfume CK
-Kasut Clerks
-Sejadah
- Handphone Samsung S4
2. Hantaran untuk pihak perempuan(lawa gila,suka sangat sebab semua tersusun atas rak diikat kemas)
- Perfume CK euphoria
-Quran
-Mas kahwin
-Cincin emas
-Jam Fossil
-Nikon D60
-Handbag Fossil
Simple kan. hehe.
Door Gift
Ni pulak door gift untuk para jemputan. Bekas seramik tu order dari Kuala Kangsar,dalam dia isi potpourri wangian tu beli kat body shop ada, teddy'stale pun ada. Kos satu seramik dalam 2.50 each. Thank you tag pulak tempah kat Pudu.
Tool & Method :
1. Gam tembak
2. Gunting
3. Ribbon
Interested? Boleh contact Pakcik Mohd Hayat
014-2456075
Hayat Creative Craft
Baju Nikah
Baju nikah di kain beli sendiri dekat jakel. Murah la kot sbb quality kain bagus sangat. Sepasang kain baju lelaki dan perempuan dalam rm6++ termasuk chiffon dan tudung.Veil beli asing kat semua house dalam rm 80. Baju kitorang berdua tempah dengan Maswira Majid Couture dekat Pertama Complex. Quite mahal sbb buat dalam KL. Tapi memuaskan hati. Baju kitorang tempah dalam rm 7++ sekali dengan sulam and beading.
Pelamin, Make up, Baju Kahwin
OK kitorang akad nikah je kt rumah. Tapi reception buat kt hall. So pelamin yang buat kat rumah tu sekadar cukup syarat and untuk bergambar sahaja. Sebab nya dekat hall sana tak buat pelamin pun, cuma ada meja berhias untuk upacara makan beradab. Since BERSANDING yang ada RENJIS RENJIS tu bagai adalah haram, kitorang skip benda tu. Boleh rujuk kat link ni.
http://al-nikah82.blogspot.com/2008/03/hukum-bersanding-dalam-islam.html .
Pelamin memang simple, make up pun simple kot. Definisi simple untuk aku kat sini ialah make up yang TAK TEBAL gila berinci tu.
Ceritanya baju kahwin and aksesori tempah dgn orang lain. Terjumpa booth sorang hamba Allah ni time survey Pameran Pengantin dekat bangunan MARA sana. Time tu dia sangat lah friendly and harga yg ditawarkan murah. Baju nya pulak boleh tahan cantik. Deposit rm50 je. So aku ni pun book la dgn dia. Seminggu lepas book pergi la butik nya yg terletak di sebelah Festival City Mall. Kan ada shop lot sebelah tu baru naik. Haaa bebetul atas kedai mamak hujung deret Flamming Steamboat tu. Dah amek ukuran badan and discuss fashion yg kita nak,bayar lagi rm300. Time tu kan nak masuk bulan puasa lepastu nak raya. Tanya bebetul dulu dgn dia sempat ke nak siapkan before raya. Sebab start 2 hari nak raya, nak balik Kerteh dah ni. Kahwin pun seminggu lepas raya, takde plan nak turun KL antara raya dgn kahwin tu. Dia punya la beriya berjanji cakap sempat siapkan. Di pendekkan cerita, sampai lepas raya pun pondan tu tak siapkan baju aku. Apa tah lagi fitting baju pun tidak.2 hari nak kahwin baru cik abang tolong ambik kat butik and bawak sekali kt Kerteh. Dahla minta tambahan duit rm100. So malam dia sampai from KL tu baru la try baju. Mangkuk ayun sangat baju tu besar and labuh. Buat salah colour pulak tu. Dasar pondan tak guna! Esok aku da nk bernikah,luse reception dah nak kena pakai baju tu. Mampussss. memang tak la. BURUK,BESAR,LABUH. Gila ke aku kawen nak pakai cantikcantik.
Nasib baik ada bidan terjun. Jumpa kak tie ni. Kak tie ni orang yg make up and buat pelamin aku. Tema kitorang purple. Dia pulak takde stock purple yang aku nak tu. Tapi ada la satu gaun purple ni yang berjaya menarik hati. Plus yang tu je yang paling sesuai untuk dipadankan dgn purple cik abang. tak fikir banyak. Rembat je yang tu.
Ni hasil pelamin ,make up, and baju pengantin penyelamat. Thanks a lot kak tie.
Pelamin dalam rm1+++
Make up rm 200 (nikah+sanding)
Baju penyelamat tu rm 150
Siapa yang duduk area Kerteh, Kemaman, Paka,Dungun, Kuantan boleh la guna khidmat Kak tie. Murah and takkan mengecewakan. Oh lupa. Bunga tangan tu Rose hidup = rm80. :)
Contact number : 0199411374
Next entri kita cerita pasal Reception and photographer pulak ye.
Wassalam.